Rindunya Nak Berblogging!

Assalamualaikum w.b.t..
Salam Ramadhan..!

Maaf ye sebab dah lama tak update story.. Tiba-tiba jadi takde mood nak menulis macam dulu. Dah habis SPM, bercuti sampai 6 bulan. Sepatutnya banyak time and story la nak tulis kan? Tapi aku tak. Sebabnya, aku sibuk buat part time job dekat Jusco Perda. You alls pernah sampai  tak? Yang duduk Seberang Prai, tipulah tak pernah sampai kan? And then, lepas aku stop kerja dekat situ, aku sibuk buat lesen pulak. Alhamdulillah, selesai sudah proses aku nak ambil lesen and dah dapat lesen P dah pun. Motor or kereta, cheq dah boleh bawak naa!


Dah selesai misi aku nak ada lesen, aku tunggu result Matrik and UPU pulak. Seram derr.. Asalnya, memang aku teringin nak masuk matrik. Sebabnya, yes, salah satunya memang singkat sikit tempoh aku nak belajar nanti. Habis satu tahun Matrik, dah boleh sambung ijazah terus. No need to go through diploma anymore. Tapi, memanglah susah. Sebab satu tahun nak cover semua dah. Nak shortcut sangat kann.. Tot tet tot tet.. the day aku terima result Matrik. Dalam hati aku, memang aku dok bajet dapat Matrik Penang ja. Sekali aku tengok,
'What?! Biar benar! Matrik Johor kot!". Sebak dada aku kot.


Memang aku tak percaya langsung aku dapat situ. Mana taknya aku terkezut, pilihan harituh semuanya dekat utara ja aku isi. Nak tak nak, terima je la the fact aku dapat dekat JDT. Tak boleh nak ubah dah. Sebab aku takde sedara yang kerja dalam MARA yang boleh tolong aku ubah ke hape. So, this really makes me to have a second thought on this offer. Haahh! Alright, I've make up my mind, just wait for UPU pulak! Alasannya, aku nak compare la yang mana okay lagi. So, tup-tup, aku dapat result UPU dah.


Tahniah! Anda berjaya ditawarkan Diploma Kejuruteraan Kimia. Perghh! First option tuh. Aku memang rasa happy sesangat la. Coz why? Firstly, sebab aku memang minat Chemistry. Second, memang dekat kot. UiTM Permatang Pauh aje! Feeling happy even just transit je kejap. In the end, aku pilih nak buat diploma ni. Sebab aku nak relax-relax je dulu nak sambung study. Semua orang cakap macam tuh. Tak pe la jugak. 3 tahun diploma+4 tahun ijazah= 7 tahun. My age now, 18+7=25 tahun. Muda lagi. So, no worries my dear.


Now, I'm enjoying my life as a university student. Not much rules as MRSM back then. Tapi kalau ponteng kelas 3 kali, kena bar jugak. Bar? Means, cannot sit for the final exam for certain paper that you always skip the class okayy. Then, just repeat for another semester yeaah. Happy because free to dress anything as long as sopan alright.


Awal-awal masuk dulu memang tak banyak kerja lagi. Dok blur-blur je ape nak buat, ape nak study. Sekarang ny, setiap minggu wajib ada assignment. MeleTOP jugak otak I ni. Tak ape la. Nak study punya pasal. Nak jadi engineer punya pasal. Satu lagi pasal UiTM ni, strictly no plagiarism! Tak boleh copy paste langsung. Kalau degil jugak, kena koyak lah assignment korang tuh and straight away dapat ZERO! Nak ke? Aku pernah rasa tak? Biarlah rahsia. Haha.

Fuyoo! Banyak pulak aku berleter hari ni kan? Rindu nak menaip kot. Takpelah, dah la. Kesian korang nak baca. *kalau ade yg sudi nak baca la. Alright gaiss! See ya in next post! Muaahh3! As'salam!

4 comments:

♬ bunga sakura ♬ said...

hye aimi.. welcome to the world of engineering. hahahaha. akak biomedical engineer to be.. ^^ follow back my blog okay. ^^

Aimi Wardina ♥ said...

panjangnya cerita dia ^^

♥aimi khairina♥ said...

hyep bunga sakura! Thx for that. World of engineering. Dah follow. :)

♥aimi khairina♥ said...

Hyep aimi wardina. Panjang la cerita ny, sebab dah lama x menaip. Ada faham adik manis?